Pengembaraan Sung Jinwoo akan beralih ke layar perak melalui filem dengan judul Solo Leveling: Beyond the System. Filem ini diumumkan secara rasmi semasa panel Crunchyroll Showcase di acara Anime Expo 2026, filem ini akan meneruskan penceritaan siri anime selepas pengakhiran Solo Leveling Season 2 -Arise from the Shadow-.

Semasa acara tersebut, pelakon suara bahasa Inggeris, Aleks Le, telah memperlihatkan visual utama serta video konsep bagi projek filem ini. Studio animasi A-1 Pictures, yang bertanggungjawab ke atas siri televisyen sebelum ini, disahkan kembali untuk mengendalikan produksi Solo Leveling: Beyond the System. Projek ini dibangunkan melalui usaha sama produksi di antara Crunchyroll, Aniplex, Netmarble, D&C Media, dan Kakao Piccoma.

Siri anime Solo Leveling mula ditayangkan pada Musim Sejuk 2024, sebelum diteruskan dengan musim kedua pada Musim Sejuk 2025. Musim pertamanya telah memenangi anugerah Anime of the Year di Crunchyroll Anime Awards 2025. Ia merupakan adaptasi kepada komik oleh Chugong.

Penceritaan francais ini memfokuskan kepada Sung Jinwoo, asalnya pemburu paling lemah di dunia yang mendapat akses kepada sebuah program misteri bernama System selepas dia terbunuh dalam sebuah kurungan bawah tanah bertaraf tinggi. Program tersebut membolehkan dia meningkatkan tahap kekuatannya dari pelbagai aspek dalam usahanya untuk merungkai rahsia di sebalik kuasa baharu itu dan kurungan bawah tanah tersebut.

Leave a Reply