CI Games bersama dengan penerbit Plaion telah mengumumkan bahawa judul soulslike action-RPG terbaharu mereka, Lords of the Fallen II, bakal menemui pemain di platform Nintendo Switch 2 pada tahun 2026. Pengumuman ini dibuat melalui pendedahan video tatamain baharu dalam acara Nintendo Direct, sekali gus menandakan kali pertama francais tersebut dibawakan ke konsol Nintendo.

Selain konsol tersebut, Lords of the Fallen II juga disahkan akan dilancarkan untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store. Versi Nintendo Switch 2 dibangunkan dengan sasaran prestasi 30 bingkai sesaat (fps) yang stabil bagi kedua-dua mod handheld dan juga TV. Melalui kerjasama teknikal antara pasukan pembangun, Epic, dan Nintendo, permainan ini memanfaatkan teknologi Nanite serta Lumen bagi menghasilkan model poligon yang lebih tinggi dan sistem pencahayaan global yang dinamik.

Menurut Pengarah Permainan, James Lowe, ini merupakan peluang pertama bagi pemain Nintendo untuk menerokai dunia Axiom dan Umbral. CI Games membangunkan sekuel ini dengan mengambil kira maklum balas komuniti daripada judul tahun 2023 sebelum ini yang kini telah meraih lebih 8 juta pemain.

Lords of the Fallen II bakal menampilkan mekanik pertempuran yang dipertingkatkan agar lebih pantas dan responsif, termasuk pengenalan ciri brutal executions dan visceral dismemberments. Pihak pembangun turut menjanjikan dunia permainan yang lebih bervariasi, faksi musuh yang khusus mengikut biom, sistem pertarungan bos yang dinamik, mod co-op dengan shared-progression sejak, serta perincian alam Umbral yang lebih mendalam.

Leave a Reply