Sempena sambutan ulang tahun ke-30 siri Diablo, Diablo Immortal bakal menerima kemas kini utama 5.0 pada 17 Jun ini jam yang membawakan kelas kesepuluh permainan tersebut, Warlock.
Warlock merupakan kelas hybrid ranged caster dan pengawal syaitan yang mengalirkan kuasa terus dari Neraka. Dari segi mekanik, kelas ini membolehkan pemain menyeru, mengarah, dan mengorbankan syaitan di medan tempur. Watak ini juga dilengkapi dengan Soulgorger, entiti peneman khas sejak dari tahap satu yang boleh memakan syaitan lain semasa bertempur untuk menyerap kuasa mereka secara terus. Pemain boleh mempelbagaikan build watak dengan menggabungkan magis infernal yang dipacu oleh elemen kemarahan (rage), mekanik seruan syaitan, serta penggunaan Legendary Gems dan kelengkapan watak.

Pengenalan kelas ini merupakan sebahagian daripada pelan yang diumumkan semasa acara Diablo Spotlight pada Februari lalu, di mana kelas Warlock akan diterapkan ke dalam Diablo II: Resurrected, Diablo IV, dan Diablo Immortal sepanjang tahun ini.
Selain daripada kehadiran kelas Warlock, kemas kini 5.0 ini juga akan membawakan jalan cerita utama baharu, wilayah Lut Gholein, serta tiga bos Helliquary baharu untuk menguji kemampuan pemain. Butiran lengkap mengenai keseluruhan kandungan kemas kini ini dijadualkan akan dikeluarkan secara rasmi pada 16 Jun.


