Capcom secara rasmi telah mengesahkan pembangunan versi olahan semula untuk judul Resident Evil Code: Veronica pada acara Summer Game Fest 2026. Diberi judul rasmi Resident Evil Veronica, permainan ini dijadualkan untuk pasaran pada tahun 2027. Ia akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch 2, serta platform PC melalui Steam.

Jalan cerita permainan ini mengekalkan fokus terhadap watak utama, Claire Redfield. Pemain akan mengawal Claire dalam situasi melepaskan diri dari sebuah lokasi terasing yang dipenuhi zombi, iaitu Pulau Rockfort. Mereka juga telah berkongsi treler untuknya.

Dari segi teknikal, pembangunan Resident Evil Veronica dikendalikan sepenuhnya menggunakan RE ENGINE. Penggunaan teknologi ini bertujuan untuk memperkenalkan sistem permainan yang lebih moden dengan tahap realisme visual yang dipertingkatkan.

Leave a Reply