Pemain Sonic Racing: CrossWorlds bakal menerima kemas kini percuma pada 30 April 2026 yang membawakan watak dari siri Like a Dragon, Goro Majima. Watak ini akan tampil dengan variasi Captain Majima bersama jentera lumba khasnya yang dikenali sebagai Goromaru. Kemas kini ini turut menyertakan empat runut bunyi dari siri permainan tersebut, termasuk “Receive You The Hyperactive”, “Mad Dog”, dan “Now or Never”, yang boleh ditetapkan sebagai muzik latar perlumbaan melalui fungsi Jukebox.

Susulan daripada kemas kini tersebut, acara masa terhad Captain Majima Festival akan berlangsung bermula 1 Mei hingga 4 Mei 2026. Semasa acara ini, pemain perlu menyertai salah satu daripada tiga pasukan dan mengumpul mata melalui pelbagai cabaran perlumbaan khusus, seperti melakukan Touch Boost. Mata Festival yang dikumpul boleh ditukar dengan pelbagai ganjaran eksklusif, termasuk pelekat khas, hon kenderaan, gelaran “The Legendary Pirate”, dan alat ganti Drift Spinner Kit.

Bagi menarik pemain baharu, pihak SEGA turut menawarkan akses percuma untuk versi penuh Sonic Racing: CrossWorlds di PC melalui platform Steam bermula 1 Mei hingga 5 Mei 2026. Segala kemajuan permainan dan fail simpanan yang dicapai dalam tempoh main percuma ini kekal dan boleh dibawa ke permainan penuh sekiranya pengguna memutuskan untuk membelinya kelak.

Selain itu, permainan ini juga sedang ditawarkan dengan potongan harga sebanyak 40% di PlayStation Store sehingga 6 Mei 2026, serta di Steam dari 24 April sehingga 8 Mei 2026.

Leave a Reply