Valve akhirnya mengumumkan Steam Controller akan akhirnya dijual bermula 4 Mei depan. Alat kawalan ini boleh digunakan dengan PC Windows and Steam Machine. Pengumuman dilakukan selepas hampir enam bulan alat kawalan ini diperlihatkan. Walaupun tarikh jualan Steam Controller telah diumumkan, Valve masih tidak mendedahkan bila Steam Machine dan Steam Frame turut akan dilancarkan.

Steam Controller mempunyai empat butang muka, d-pad, 2x tombol analog, 2x pad sesentuh, 4x butang baru dan 4x butang di bahagian bawah. Ia boleh ditambat menggunakan bluetooth, 2.4GHz dan juga menggunakan kabel USB-C yang disertakan.

Selain menyokong sistem haptik, Steam Controller baharu turut mengesan pergerakan menerusi sistem giroskop yang terbina. Dua tombol analog dilengkapi suis TMR yang mengelakkan isu stick drift yang menghantui alat kawalan lain. Setiap Steam Controller dilengkapi bateri 8.39 Wh Li-ion yang memberikan penggunaan sehingga 35 jam dengan sekali caj.

Steam Controller akan dijual di Amerika Syarikat, Kanada, UK, EU, Australia, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong, dan Taiwan bermula 4 Mei pada harga $99 (~RM 391) sebuah.

Leave a Reply