Microsoft hari ini telah mengumumkan penurunan harga untuk kesemua penawaran Xbox Game Pass dan juga PC Game Pass. Bagi pengguna di Malaysia, PC Game Pass kini ditawarkan dengan harga RM20 sebulan, iaitu harga sebelum ia meningkat pada bulan Oktober tahun lepas.

Selain itu, sebagai “pengorbanan” untuk penurunan harga ini, mereka juga telah mengumumkan yang permainan baharu Call of Duty tidak akan dilancarkan secara terus di dalam perkhidmatan ini, sebaliknya hanya akan ditawarkan setahun selepas dilancarkan.

Ini merupakan antara langkah-langkah awal yang diambil oleh Asha Sharma sebagai ketua Xbox yang baharu menggantikan Phil Spencer awal tahun ini. Beliau juga menamatkan kempen “This is an Xbox” untuk mengembalikan keyakinan pemain terhadap produk asas Xbox.

Leave a Reply