Bagi pemain PC, akhirnya Bungie telah mengumumkan tarikh untuk Beta permainan Destiny 2 iaitu pada 28 Ogos hingga 31 Ogos. Beta ini hanyalah buat pemain yang membuat pra-tempahan di PC sahaja. Disamping itu, bagi pemain yang membuat pra-tempahan, Bungie turut akan menyertakan senapang Coldheart khusus untuk anda. Ia adalah senapang berunsurkan ais dan khas buat pemain yang membuat pra-tempahan.

https://www.youtube.com/watch?v=I60-9lxVWHc

Bungie juga pada masa yang sama telah mengumumkan spefikasi untuk pemain PC bagi permainan Destiny 2 ini. Berikut adalah spesifikasi yang diperlukan untuk memainkan permainan Destiny 2 pada PC:

Spesifikasi Destiny 2
Pemproses Paling MinimumIntel i3-3250
AMD FX-4350
Pemproses DisarankanIntel i5-2400
AMD R5-1600X
Kad Grafik Paling MinimumNvidia GeForce GTX 660 2GB
AMD Radeon 7850 2GB
Kad Grafik DisarankanNvidia GeForce GTX 970
AMD R9 390
RAM Paling Minimum6 GB
RAM Disarankan8 GB
Ruang PemasanganBelum diumumkan
Sistem OperasiBelum diumumkan

Destiny 2 akan dilancarkan pada 6 September ini untuk konsol, dan diikuti ke PC pada 24 Oktober kelak.

Leave a Reply