Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan kerjasama strategik baharu dengan peruncit dalam talian global terkemuka, Playasia.
Melalui kerjasama ini, Playasia akan bertindak sebagai pengedar e-dagang eksklusif bagi barangan rasmi Bandai Namco Entertainment Asia di seluruh Malaysia, Taiwan, Hong Kong, Singapura, Thailand, Indonesia, dan Filipina.
Peminat di rantau ini kini boleh mendapatkan akses terus kepada barangan berkualiti tinggi daripada francais popular Bandai Namco seperti Tekken, Elden Ring, PAC-MAN, Little Nightmares, Tales of, dan pelbagai lagi.
Bagi memudahkan pengalaman pengguna, Playasia telah melancarkan seksyen khas untuk barangan Bandai Namco Entertainment Asia di laman web mereka. Peminat boleh melayari koleksi penuh, termasuk keluaran baharu, pra-tempahan, dan tawaran eksklusif di pautan berikut: https://par.bz/kab.


