Bagi penggemar komik digital dan manga yang ingin menambah koleksi bacaan tanpa berbelanja besar Humble Bundle sedang menawarkan beberapa berkas menarik untuknya. Berikut merupakan empat berkas yang kami cadangkan untuk anda:

1. Image Comics in the 90s

Peminat sejarah komik pasti tahu betapa ikoniknya era 90-an bagi syarikat Image Comics. Himpunan ini membawa pembaca kembali ke zaman permulaan revolusi komik indie Amerika. Ia menyertakan judul-judul klasik seperti Spawn, Savage Dragon, dan Astro City.

Terdapat 39 judul yang boleh didapatkan dengan bayaran sekurang-kurangnya $18. Tawaran ini akan berakhir dalam 27 November 2025.

Pautan: Image Comics in the 90s

2. Critical Role Comics Collection

Fenomena Dungeons & Dragons moden, Critical Role, kini hadir dalam bentuk komik digital terbitan Dark Horse. Bagi peminat siri animasi The Legend of Vox Machina atau Mighty Nein, bundle ini adalah peluang baik untuk mendalami kisah latar belakang watak-watak ini.

Berkas ini menawarkan 21 judul yang ditawarkan dengan bayaran sekurang-kurangnya $18. Tawaran ini akan berakhir pada 29 November 2025.

Pautan: Critical Role Comic Collection

3. Thundercats & Friends

Himpunan terbitan Dynamite ini mensasarkan peminat nostalgia kartun pagi. Selain siri komik Thundercats yang mengisahkan perjuangan Lion-O dan rakan-rakannya, berkas ini turut menyertakan tajuk-tajuk “Friends” lain seperti Space Ghost dan The Powerpuff Girls.

Berkas ini menyertakan 94 judul dengan bayaran sekurang-kurangnya $18. Ia ditawarkan sehingga 12 Disember 2025.

Pautan: Thundercats & Friends

4. Don’t Toy With Me, Miss Nagatoro

Bagi peminat manga, Humble Bundle bekerjasama dengan Kodansha untuk membawakan siri rom-com popular, Don’t Toy With Me, Miss Nagatoro. Jika anda meminati adaptasi anime-nya, anda kini boleh memiliki koleksi manga digitalnya. Kisah “pembuli manja” Nagatoro terhadap rakan sekolahnya ini pasti mencuit hati pembaca yang sukakan genre slice of life.

Berkas ini menyertakan 19 judul dengan harga bayaran sekurang-kurangnya $18. Ia ditawarkan sehingga 27 November 2025.

Pautan: Don’t Toy With Me, Miss Nagatoro

Seperti biasa untuk penawaran Humble, berkas ini juga boleh dibeli dengan bayaran lebih murah dan mendapatkan judul yang lebih sedikit ataupun membayar lebih lagi mengikut pilihan anda.

Leave a Reply