UNIQLO melalui UT, mengumumkan koleksi Tshirt dan baju sejuk yang diinspirasikan daripada dunia Zootopia 2 dari Walt Disney Animation Studios. Koleksi ini adalah sebahagian daripada projek MAGIC FOR ALL yang dijalankan dengan kerjasama Disney.
Rekaan koleksi ini memaparkan Judy Hopps dan Nick Wilde, rakan polis dari dunia Disney’s Zootopia 2, dengan baris dialog seperti “Ready to do some justice”. Barisan ini juga menampilkan Judy dan Nick dalam pakaian baharu mereka, serta imej berkumpulan menampilkan watak baharu, Gary De’Snake.

Tshirt untuk orang dewasa menerima lima rekaan dan ditawarkan dengan harga RM59.90, manakala kanak-kanak menerima empat rekaan dengan harga RM39.90.
Dalam filem Zootopia 2 yang akan datang, UNIQLO akan muncul sebagai “ZUNIQLO” sebagai easter egg dalam salah satu babak. Disney’s Zootopia 2 akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 27 November.
Sempena pelancaran Zootopia 2, setem Zootopia baharu akan tersedia dalam perkhidmatan UTme!. Selain watak Judy dan Nick, barisan setem ini juga merangkumi watak baharu dari filem tersebut. Anda boleh memilih watak kegemaran anda untuk menghasilkan baju-T atau beg tote yang istimewa dan unik.


