GSC telah ‘melancarkan semula’ cawangan GSC 1 Utama mereka dengan rekaan serba baharu dan juga tambahan tiga format dewan iaitu GSC Hong Leong Bank BIG, GSC Hong Leong Bank Prestige dan juga GSC PlayPark menyertai dewan ScreenX dan 4DX yang dipertingkatkan menjadikan terdapat 13 dewan keseluruhannya di cawangan ini.

GSC Hong Leong Bank Prestige menyertakan dewan dengan 30 kerusi recliner yang selesa, ia juga mempunyai port pengecas USB, setiap tiket juga disertakan bersama dengan bertih jagung dan akses kepada ruang menunggu sendiri. Bagi yang ingin makanan tambahan, boleh mengimbas kod QR di setiap kerusi untuk melakukan tempahan daripada Happy Food Co. Dewan ini juga dilengkapi dengan teknologi bunyi Dolby untuk pengalaman audio terbaik bersama dengan projektor laser.

Menjadi dewan kesembilan, GSC Hong Leong Bank BIG Hall menyertakan tempat duduk recliner dengan kapasiti 173 penonton. Tempat duduk juga disertakan bersama port pengecas USB untuk penawaran tambahan. Dewan ini dilengkapi dengan projektor 4K dan sistem bunyi Dolby Atmos untuk pengalaman terbaik menonton filem.

Manakala untuk ibu bapa yang ingin membawa anak-anak kecil, dewan GSC PlayPark juga tersedia, selain memberikan kerusi yang luas dan selesa, dewan ini juga mempunyai tempat untuk kanak-kanak bermain termasuk juga gelongsor. Ia juga disertakan bersama dengan kemudahan seperti tempat penukar diaper dan tanda mesra kanak-kanak. Ruangan bermain di luar dewan juga akan dibuka tidak lama lagi.

Dewan-dewan ini akan dibuka secara berperingkat dan mengikut filem yang ada, anda boleh layari laman GSC untuk memeriksa dewan-dewan yang tersedia untuk ditempah.

Leave a Reply