ASUS ROG telah mengumumkan yang model terbaru untuk ROG Ally, yang juga kerjasama bersama dengan Xbox iaitu ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X akan dilancarkan di Malaysia pada 16 Oktober bersama dengan sebilangan pasaran antarabangsa.

ROG Xbox Ally dikuasakan dengan pemprosesan AMD Ryzen Z2, bersama dengan 16GB RAM dan 512GB storan. Pilihan yang lebih premium ROG Ally X dikuasakan dengan AMD Ryzen Z2 Extreme, 24GB RAM dan juga 1TB SSD. Ia juga menyertakan saiz bateri yang lebih besar iaitu 80Wh berbanding 60Wh.
Selain membawa kelebihan spesifikasi seperti cip yang lebih terkini, PC mudah alih ini juga dibangunkan bersama dengan Microsoft untuk memberi pengalaman mudah alih yang terbaik. Membuka ROG Xbox Ally ini akan membuka terus ke aplikasi Xbox untuk PC yang memberikan pengalaman terbaik.

Ini bukanlah sesuatu yang unik untuk ROG Xbox Ally, tetapi ia akan menjadi terawal yang menggunakan fungsi terbaru ini dengan PC mudah alih lain akan menerimanya secara berperingkat.
Buat masa ini, ASUS ROG masih tidak diumumkan harga untuk pasaran Malaysia, tetapi dengan ROG Ally dan ROG Ally X ditawarkan dengan harga RM3,299 serta RM4,299 di Malaysia, ia mungkin ditawarkan dengan harga lebih kurang jika tidak lebih mahal.


