Apple Arcade menyambut musim panas bersama dengan SpongeBob, selain melancarkan permainan terbaru berdasarkan watak tersebut iaitu SpongeBob: Patty Pursuit yang dibangunkan oleh Nickelodeon sendiri, dua lagi permainan juga menerima kandungan berdasarkan watak animasi popular tersebut.

Dua permainan yang diumumkan adalah Snake.io oleh Kooapps yang menerima kandungan berdasarkan SpongeBob bermula sekarang sehingga 25 Ogos, pemain boleh menggunakan kostum berdasarkan SpongeBob, Patrick, Sandy, dan Plankton.

Seterusnya adalah Crossy Road Castle oleh Hipster Whale iaitu permainan platforming secara koperasi menerima 40 peringkat berdasarkan Bikini Bottom dan boleh bermain sebagai SpongeBob, Patrick, Squidward ataupun Sandy. Ia menerima dua acara iaitu The Krabby Patty Kollecthaton bermula pada 21 Julai diikuti Jellyfish Jam bermula pada 4 Ogos sehingga 17 Ogos.

Ini bukan pertama kali Apple Arcade menyertakan acara kolaborasi bagi permainan di dalam perkhidmatan mereka, sebelum ini Bluey disertakan di dalam Fruit Ninja Classic+ dan Paddington di dalam Crayole Create and Play+.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+.

Leave a Reply