Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.
Low Life
Platform: Disney+ Hotstar
Sekumpulan pencuri dan juga penipu telah diberi peluang untuk mengubah nasib mereka dengan mencari barangan bernilai di lautan, akan tetapi mereka mula menyedari bukan mereka sahaja yang mempunyai perancangan tersebut. Ditambah lagi dengan masalah-masalah lain, kepercayaan di antara semasa sendiri semakin berkurang dan mula merancang untuk memenangkan diri sendiri sahaja.
Catalog
Platform: Netflix
Siri TV berbahasa Arab ini adalah mengenai seorang bapa yang sebelum ini lebih fokus kepada pekerjaan sahaja terpaksa bertanggungjawab untuk membesarkan anak-anaknya selepas isterinya meninggal dunia. Salah satu cara untuk belajar melakukannya adalah melalui pembelajaran dalam talian yang diterbitkan oleh isterinya sendiri.
Alarum
Platform: HBO Max
Joe dan Lara merupakan ejen untuk dua agensi yang sering bermusuhan, tetapi di dalam satu misi mereka jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin dan melarikan diri daripada kedua-dua agensi. Mereka berjaya untuk hidup berjauhan dengan agensi tersebut, tetapi dipaksa untuk kembali terlibat apabila satu kapal terbang yang mempunyai maklumat yang diinginkan pelbagai agensi terhempas berhampiran dengan rumah mereka.
The Summer I Turned Pretty (Musim 3)
Platform: Prime Video
Siri ini kembali untuk musim ketiga yang juga musim terakhir, siri ini akan menentukan pilihan terakhir yang akan dilakukan oleh Belly. Berlaku beberapa tahun selepas musim kedua, Belly sudah hampir untuk tamat pengajiannya dan Jeremiah juga meminang dan dipersetujui Belly akan tetapi dengan Conrad kembali, ia akan terus menjadi dilema dan memerlukan keputusan terakhir oleh Belly.
Karate Kid: Legends
Platform: Apple TV/Google TV (Sewa/Beli)
Siri filem legenda ini kembali dengan memfokuskan kepada watak baharu iaitu Li Fong yang terpaksa berpindah ke Amerika Syarikat dari China, selain daripada masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, dia juga masih trauma dengan kejadian melibatkan abangnya. Satu-satu perkara yang membuatkan dia dapat melupakan semua ini adalah karate, namun perkara itu tidak disukai oleh ibunya yang mencetuskan dilema baharu. Walaupun dengan dilema ini, selepas terlibat dengan satu permusuhan, dia terpaksa juga terlibat dengan pertempuran dengan bantuan daripada Mr. Han dan Daniel LaRusso.


