Apple Arcade telah mengumumkan yang Fruit Ninja Classic+ iaitu versi Fruit Ninja yang khusus untuk platform tersebut menerima acara kolaborasi bersama dengan siri animasi popular Bluey.

Acara kolaborasi ini bermula 20 Jun lepas dan berlanjutan sehingga 13 Ogos 2025.

Selain bermain tatamain biasa iaitu memotong buah, kolaborasi ini juga akan menyertakan pelbagai rekaan bertemakan Bluey termasuk dengan mod permainan dan juga cabaran yang tersendiri.

Rekaan antaramuka permainan juga menerima sentuhan Bluey, oleh itu bagi peminat siri ini jangan terlepas untuk mencuba sendiri.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+.

Leave a Reply