Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

Rematch

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

Satu permain bola yang tidak memerlukan pengadil, sebaliknya sekadar bermain, untuk menjaringkan gol. Pemain akan mengawal satu permainan, sama ada penjaga gol, pertahanan ataupun penyerang dengan setiap daripadanya mempunyai kebolehan yang tersendiri. Permainan ini dilancarkan dengan empat mod yang dimainkan dalam talian iaitu 3v3, 4v4, 5v5 dan Ranked 5v5.

FBC: Firebreak

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, PC

FBC: Firebreak merupakan permainan FPS koperasi yang terjadi di dalam dunia Control. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi sebahagian daripada Firebreak iaitu skuad di dalam Federal Bureau of Control (FBC) yang ditugaskan untuk menghapuskan ancaman yang hadir di pejabat FBC. Ia merupakan permainan koperasi dengan dua lagi pemain.

RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army

Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Versi penambah-baikkan untuk permainan Devil Summoner: Raidou Kuzunoha vs. The Soulless Army yang dilancarkan pada tahun 2006. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Raidou Kuzunoha XIV iaitu seorang Devil Summoner yang mempunyai kuasa untuk melawan dengan iblis dan juga menggunakan iblis tersebut di dalam pertempuran.

Disney TRON: Catalyst

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch, PC

Permainan aksi pengembaraan di dalam dunia Tron, pemain akan menjadi Exo iaitu seorang yang mempunyai kuasa Glitch, bersama dengan dengan Ride Light Cycles dia cuba untuk menyiasat mengenai glitches yang mengganggu kestabilan dunia tetapi pada masa yang sama menjadi sasaran Conn iaitu satu program yang mempunyai agendanya tersendiri.

Lost in Random: The Eternal Die

Platform: PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch, PC

Permainan susulan kepada Lost in Random, ia merupakan permainan roguelite di dalam dunia Random, pemain akan menjadi Queen Aleksandra bersama dengan rakan dadunya iaitu Fortune. Pemain akan melawan dengan pelbagai penjahat menggunakan relik berkuasa dan juga kebolehan yang berlainan. Ia juga akan ditentukan oleh nasib melalui dadu.

Leave a Reply