Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.
The Accountant 2
Platform: Prime Video
Christian Wolff ataupun The Accountant lakonan Ben Affleck kembali lagi dengan misi terbaru untuk menyiasat mengenai kematian Raymond King, siasatan ini telah membawa kepada pelbagai konspirasi mengenai kehilangan kanak-kanak. Christian Wolff juga tidak berseorangan kali ini dengan adiknya Braxton yang terlibat bersama di dalam siasatan ini.
Baca: Ulasan The Accountant 2
Esports World Cup: Level Up
Platform: Prime Video
Esports World Cup ataupun Piala Dunia Esukan dianjurkan buat pertama kali pada tahun lepas yang melibatkan 21 permainan dan $60 juta hadiah terkumpul. Melalui siri dokumentari ini, acara ini akan diperlihatkan dengan lebih dekat mengenai penganjuran dan juga mendengar sendiri daripada pemain-pemain yang terlibat.
Mercy For None
Platform: Netflix
Nam Gi-Jun lakonan So Ji-Sub merupakan bekas ahli Bongsan Gang yang bermula sebagai kumpulan penjahat, dengan bantuan Nam Gi-Jun ia membesar menjadi satu syarikat yang besar. Adiknya, Nam Gi-Seok menyertai kumpulan lawan iaitu Joowon Gang, dan demi adiknya itu dia meninggalkan kumpulan Bongsan dan hidup seperti orang biasa. Namun, 11 tahun kemudian selepas adiknya mati secara tiba-tiba, dia kembali ke dunia tersebut untuk menyiasat dan membalas dendam.
Predator Killer of Killers
Platform: Disney+ Hotstar
Filem animasi ini melibatkan tiga watak berbeza yang masing-masing berdepan dengan Predator berbeza, di dalam perlawanan menentang Predator ini, mereka juga perlu melalui permasalahan peribadi yang memberikan satu penceritaan untuk menarik di dalam dunia ini. Tambah menarik, filem animasi juga berkait dengan filem Predator sebelum ini iaitu Prey dan juga dengan filem Predator yang akan datang, Predator: Badlands.
Sinners
Platform: Apple TV/Google TV (Beli/Sewa)
Smoke dan Stack merupakan adik beradik kembar yang sebelum ini bekerja bersama dengan kongsi gelap tetapi telah pulang ke kampung halaman untuk membuka satu tempat berhibur, majlis pembukaan tempat itu bermula dengan meriah tetapi bertukar menjadi satu tragedi apabila menerima pelawat yang tidak dijemput iaitu vampire yang mempunyai objektif untuk menjadikan kesemua orang di tempat tersebut bertukar menjadi vampire juga.
Baca: Ulasan Sinners


