Uniqlo telah mengumumkan koleksi terbaru untuk Tshirt mereka iaitu UT Archive, koleksi ini akan membawa semula rekaan-rekaan Tshirt yang pernah ditawarkan pada watak dahulu. Bagi penawaran terbaru bagi koleksi ini, mereka membawa Tshirt berdasarkan siri manga dan anime popular One Piece.

Koleksi ini membawa enam tshirt One Piece dengan rekaan-rekaan yang diminati ramai semasa ditawarkan sebelum ini. Setiap Tshirt ini ditawarkan dengan harga RM59.90 dan boleh didapatkan melalui mana-mana cawagan Uniqlo dan juga di Uniqlo.com bermula pada 9 Jun 2025.


