Setiap minggu terdapat pelbagai permainan menarik yang dilancarkan, tidak kira permainan AAA ataupun permainan indie. Selain itu, terdapat juga pelbagai DLC dan penambahan yang dilancarkan untuk permainan sedia ada. Oleh itu, melalui segmen ini, kami akan kongsikan lima permainan dan penambahan menarik yang dilancarkan sepanjang minggu ini.

Nintendo Switch 2

Ini bukanlah permainan video, akan tetapi tetap satu pelancaran yang penting pada minggu ini iaitu konsol generasi baharu oleh Nintendo, kini dilancarkan untuk beberapa negara yang terpilih seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Manakala di negara Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand, dan Filipina ia akan tiba pada 26 Jun kelak. Malaysia pula pada waktu ini, masih tiada pengesahan tetapi ada kemungkinan pada tarikh yang sama.

Mario Kart World

Platform: Nintendo Switch 2

Dengan terjual sebanyak 68.2 juta unit, Mario Kart 8 Deluxe merupakan judul permainan yang terlaris di Nintendo Switch, oleh itu tidak mengejutkan jika Nintendo memilih untuk melancarkan permainan Mario Kart baharu bersama dengan pelancaran Nintendo Switch 2. Antara kelainan yang di bawa oleh permainan ini adalah ia kini menyertakan satu dunia terbuka untuk pemain mengembara sambil mencari perlumbaan yang seterusnya.

Bravely Default Flying Fairy HD Remaster

Platform: Nintendo Switch 2

Bravely Default merupakan antara permainan klasik JRPG yang dilancarkan pertama kali pada tahun 2012, akan tetapi ia terhad untuk Nintendo 3DS sahaja. Melalui versi yang ditambah-baik ini pemain yang tidak memiliki 3DS sebelum ini boleh mencubanya. Namun, sekali lagi ia terhad untuk satu platform sahaja iaitu Nintendo Switch 2. Buat masa ini tidak disahkan lagi jika ia akan turut dilancarkan untuk platform-platform lain, terutama dengan Bravely Default II turut dilancarkan untuk PC.

Yakuza 0 Director’s Cut

Platform: Nintendo Switch 2

Yakuza 0 dilancarkan pada tahun 2015 dan merupakan permainan prekuel kepada siri Yakuza dan memperlihatkan kisah silam Kazuha Kiryu dan juga Goro Majima iaitu dua watak penting di dalam siri permainan ini. Versi penambahan ini menyertakan mod dalam talian yang baharu, bersama dengan beberapa adegan tambahan dan juga alih suara bahasa Inggeris. Versi asal dilancarkan untuk hampir semua platform, akan tetapi versi ini buat masa ini hanya untuk Nintendo Switch 2.

Rune Factory: Guardians of Azuma

Platform: Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC

Satu permainan Rune Factory yang membawa pemain ke kawasan baharu iaitu Azuma, selain itu ia juga membawa tatamain yang sedikit berbeza dengan permainan Rune Factory sebelum ini. Simulasi berkebun walaupun masih ada tidak menjadi fokus, sebaliknya sesi pertempuran dengan pelbagai cabaran di dalam dunia ini menjadi tarikan utama untuk permainan ini.

Leave a Reply