Captain America: Brave New World akhirnya boleh distrim menerusi Disney+ Hotstar pada 28 Mei ini. Ia tiba ke platform penstriman ini selepas tiga bulan ditayangkan di panggung. Bagi mereka yang terlepas melihat penampilan pertama Sam Wilson sebagai Captain Amerika di layar perak, anda kini boleh melakukannya di layar kecil telefon, tablet dan TV di rumah.

Dalam ulasan Aksiz, kami memberikannya 6/10 markah sahaja kerana jalan cerita yang bercelaru, pembawaan watak yang lemah dan suntingan yang nampak janggal. Pelbagai proses rakaman babak baharu yang dilakukan Marvel Studios untuk mengubah cerita asal dengan watak adiwira Israel Ruth Bat-Seraph diubah bagi mengelakkan kontroversi konflik di Palestin.

Leave a Reply