Farming Simulator 25 bakal menerima kandungan baharu tidak lama lagi apabila SEGA mengumumkan pelancaran penambahan Beans & Alpacas pada 27 Oktober 2026. Pakej tambahan ini membawakan peta baharu serta variasi aktiviti pertanian dan penternakan yang berlatarbelakangkan wilayah Amerika Selatan.

Melalui Beans & Alpacas, pemain akan dibawa ke rantau Catuaí untuk mengusahakan tanaman biji kopi serta tebu. Pengenalan kawasan ini turut melibatkan aktiviti penternakan haiwan baharu seperti alpaca dan lembu Brahman. Bagi menyokong operasi ladang di geografi tersebut, lebih 25 jentera dan kenderaan pertanian baharu daripada jenama Colombo Industries akan ditambah ke dalam permainan. Selain daripada aset fizikal, pihak pembangun turut membawakan peningkatan dari segi sistem fizik, animasi mesin, serta visual bagi tanaman tebu.

Bagi pemilikan kandungan baharu ini, Beans & Alpacas akan dipasarkan sebagai penambahan berasingan dan turut disertakan dalam edisi baharu permainan. Kandungan ini juga merupakan sebahagian daripada Year 2 Season Pass.

Farming Simulator 25 dibangunkan serta diterbitkan oleh GIANTS Software, manakala SEGA bertindak sebagai pengedar. Permainan ini boleh dimainkan di platform PlayStation 5, Xbox Series, dan PC.

Leave a Reply