Garena secara rasmi mengumumkan kolaborasi antara permainan video Delta Force dan Tom Clancy’s Rainbow Six Siege. Kolaborasi ini akan dilancarkan sempena musim terbaharu Delta Force yang akan datang, mempertemukan dua francais penembak taktikal berasaskan skuad buat pertama kali.

Pelancaran kolaborasi ini bertepatan dengan pengenalan musim terbesar Delta Force untuk tahun ini. Kandungan utama bagi musim baharu tersebut merangkumi peta Operations flagship tahunan yang membawakan kemas kini ekstraksi, sebuah peta Warfare baharu, serta kehadiran seorang Operator yang baru diperlihatkan. Kandungan kolaborasi bersama Tom Clancy’s Rainbow Six Siege akan menyusul selepas pengenalan Operator berkenaan.

Pengarah Permainan Team Jade, Shadow, menyatakan bahawa Tom Clancy’s Rainbow Six Siege merupakan francais yang mencorakkan genre penembak taktikal moden. Tambah Shadow, kedua-dua permainan video ini dibina berasaskan mekanik pertempuran skuad yang strategik, dan kolaborasi ini menjadi sebahagian daripada pengisian utama untuk musim terbesar mereka.

Pengarah Kreatif Tom Clancy’s Rainbow Six Siege di Ubisoft, Joshua Mills, pula menjelaskan bahawa kerjasama ini merupakan kaedah untuk menghubungkan dua komuniti peminat tegar genre penembak taktikal yang mengutamakan kerjasama berpasukan dan tindakan berisiko tinggi.

Butiran lengkap mengenai kandungan kolaborasi dalam permainan video ini akan dikongsi sepenuhnya menjelang pelancaran musim baharu tersebut.

Delta Force ialah permainan video First-Person Shooter taktikal percuma yang tersedia untuk platform PC, iOS, dan Android. Maklumat lanjut mengenai perkembangan musim baharu ini boleh diikuti melalui saluran media sosial rasmi Garena Delta Force.

Leave a Reply