Apple TV secara rasmi telah memperbaharui siri komedi Margo’s Got Money Troubles untuk musim kedua. Pengumuman ini dibuat menjelang tayangan episod akhir musim pertamanya pada 20 Mei 2026 ini.

Siri yang diterbitkan oleh A24 ini merupakan adaptasi daripada novel nukilan Rufi Thorpe. Untuk produksi musim kedua kelak, Eva Anderson akan menyertai David E. Kelley sebagai pembantu showrunner. Kelley akan terus menggalas tanggungjawab sebagai penulis utama dan penerbit eksekutif.

Dari segi jalan cerita, Margo’s Got Money Troubles mengisahkan tentang Margo, lakonan Elle Fanning, yang tercicir dari kolej dan bercita-cita untuk menjadi seorang penulis. Dia terpaksa memerah keringat mencari jalan demi menyara bayinya yang baru lahir di tengah-tengah timbunan bil yang semakin meningkat. Ibu bapa Margo di dalam siri ini dimainkan oleh Michelle Pfeiffer, yang membawa watak bekas pelayan Hooters, dan Nick Offerman sebagai bekas ahli gusti profesional.

Selain membintangi siri ini, Fanning dan Pfeiffer juga bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama-sama dengan Nicole Kidman. Barisan pelakon lain yang turut membarisi siri ini termasuk Thaddea Graham, Marcia Gay Harden, Greg Kinnear, Michael Angarano, Rico Nasty, dan Lindsey Normington.

Projek ini menandakan kolaborasi terbaharu antara Kelley dan Apple TV selepas siri drama Presumed Innocent, yang kini juga sedang dalam fasa produksi untuk musim keduanya.

Leave a Reply