Filem Send Help terbitan 20th Century Studios akan disiarkan secara eksklusif melalui platform penstriman Disney+ bermula 7 Mei ini. Diarahkan oleh Sam Raimi, filem ini menampilkan Rachel McAdams dan Dylan O’Brien sebagai pelakon utama.

Jalan cerita Send Help memfokuskan kepada seorang ketua pimpinan syarikat yang kejam bersama pekerjanya yang sering dipinggirkan. Mereka berdua menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat daripada satu insiden nahas kapal terbang dan mendapati diri mereka terkandas di sebuah pulau terbiar.
Dua rakan sekerja ini perlu mengetepikan konflik lampau serta bekerjasama untuk meneruskan kelangsungan hidup. Walau bagaimanapun, dinamik kuasa di tempat kerja antara mereka mula berubah dan berbalik di pulau tersebut, lantas mencetuskan perebutan kawalan di dalam sebuah psychological thriller dan survival story ini.
Disney+ boleh dilanggan dengan harga bermula RM29.90 sebulan.


