Deep Silver dan KING Art Games telah mendedahkan bahawa Adeptus Mechanicus akan membuat penampilan pertama mereka sebagai puak yang boleh dimainkan dalam siri Dawn of War menerusi permainan RTS yang akan datang, Warhammer 40,000: Dawn of War IV. Permainan tersebut dijadualkan untuk pelancaran di platform PC pada tahun 2026.

Pengumuman ini dibuat melalui sebuah treler CGI, yang merupakan siri naratif kedua daripada empat pendedahan puak untuk permainan berkenaan. Video tersebut memaparkan watak Magos Dominus Nulpherus-1 bersama seorang paderi teknologi yang sedang meneroka sebuah makam Necron di bawah tanah tandus Kronus untuk mencari teknologi purba.

Misi pencarian itu bertukar menjadi pertempuran sengit apabila tentera Necron di dalam struktur tersebut mula bangkit. Keadaan huru-hara itu memaksa Magos Nulpherus-1 berundur, sebelum bantuan tiba dalam bentuk pasukan Sicarian Ruststalkers yang membolehkan mereka melarikan diri dari makam berkenaan.

Secara keseluruhan, Warhammer 40,000: Dawn of War IV akan membolehkan pemain mengawal empat puak berbeza melalui kempen yang tidak linear. Permainan ini juga akan menampilkan mod pertempuran multi-pemain serta mod yang sering dimainkan seperti Last Stand dan Skirmish. Terdapat dua lagi pendedahan puak yang masih dirahsiakan dan akan diumumkan kemudian.

Leave a Reply