Bandai Namco dan A24 hari ini telah mengumumkan yang filem aksi nyata berdasarkan permainan popular Elden Ring akan ditayangkan pada 3 Mac 2028. Seperti diumumkan sebelum ini filem ini akan diarahkan oleh Alex Garland.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan senarai-senarai pelakon yang akan terlibat tetapi tiada watak yang dinyatakan:

  • Kit Connor (Warfare, Heartstopper) 
  • Ben Whishaw (Skyfall, Paddington) 
  • Cailee Spaeny (Alien: Romulus, Civil War) 
  • Tom Burke (Furiosa: A Mad Max Saga, Black Bag) 
  • Havana Rose Liu (Bottoms) 
  • Sonoya Mizuno (Ex Machina) 
  • Jonathan Pryce (The Two Popes) 
  • Ruby Cruz (Willow, Bottoms) 
  • Nick Offerman (The Last of Us) 
  • John Hodgkinson 
  • Jefferson Hall 
  • Emma Laird 
  • Peter Serafinowicz

Filem ini sedang melalui produksi dan disahkan akan difilemkan untuk format IMAX.

Permainan Elden Ring dihasilkan oleh Hidetaka Miyazaki dan FromSoftware berdasarkan kisah yang ditulis oleh George R. R. Martin iaitu penulis untuk siri buku “A Song of Ice and Fire” yang diadaptasi menjadi siri Game of Thrones. George R. R. Martin jug akan terlibat sebagai penerbit bagi filem ini.

Leave a Reply