Netflix hari ini telah mengumumkan yang Sydney Sweeney dan juga Noah Centineo akan menjadi pelakon utama di dalam filem aksi nyata berdasarkan IP popular Gundam. Mengesahkan laporan kami sebelum ini mengenai mereka berdua akan terlibat.
Selain itu, mereka juga mengumumkan beberapa lagi nama pelakon yang akan terlibat iaitu Jason Isaacs, Jackson White, Javon Walton, Michael Kando, Gemma Chua-Tran, Shioli Kutsuna, Nonso Anozie, Ida Brooke, dan Oleksandr Rudynskyi.

Filem ini akan diterbitkan oleh mereka bersama dengan Legendary dan Bandai Namco, Jim Mickle (Sweet Tooth) akan menjadi pengarah, beliau juga ditugaskan untuk menulis skrip bagi filem ini. Buat masa ini masih tidak disahkan era penceritaan bagi filem ini.
Selain memegang watak utama, Noah Centineo juga akan bertindak sebagai penerbit bersama rakan kongsinya Enzo Marc. Jim Mickle turut memikul tanggungjawab sebagai penerbit bersama Linda Moran melalui syarikat produksi mereka, Nightshade.


