Paramount dan Activision telah mengumumkan yang filem aksi nyata berdasarkan judul permainan popular Call of Duty akan ditayangkan pada 1 Julai 2028. Sebelum ini telah diumumkan yang ia akan diarahkan oleh Peter Berg.

Selain pengarah, Peter Berg juga bertanggungjawab untuk menulis bersama dengan Taylor Sheridan. Mereka juga akan menjadi penerbit bersama dengan David Glasser serta Rob Kostich mewakili Activision. Paramount akan mengedarkan filem ini secara global.
Maklumat lanjut seperti jalan cerita dan juga senarai pelakon buat masa ini masih tidak diumumkan lagi.


