Samsung telah mengumumkan penawaran terbaru untuk model kelas pertengahan mereka iaitu Galaxy A57 dan juga Galaxy A37. Kedua-dua model ini dikuasakan dengan cip pemproesan Exynos, iaitu Exynos 1680 dan Exynos 1480.
Samsung Galaxy A57

Model Galaxy A57 hadir dengan skrin 6.7-inci dengan panel Super AMOLED+, resolusi 1080 x 2340 dengan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz. Bersama dengan cip pemprosesan Exynos 1680 ia hadir dengan 12GB RAM dan pilihan storan sehingga 512GB. Bagi bateri pula ia hadir dengan kapasiti 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 45W.
Telefon ini ditawarkan dengan dua pilihan iaitu 12+512GB dengan harga RM2,699 atau 12+256GB dengan harga RM2,399. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Awesome Navy, Awesome Gray dan Awesome Icyblue.
Samsung Galaxy A37

Bagi Galaxy A37 pula, ia hadir dengan skrin bersaiz sama tetapi dengan panel Super AMOLED, resolusi 1080 x 2340 dan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia menggunakan cip pemprosesan Exynos 1480 dengan pilihan 8GB atau 12GB RAM. Pilihan storan satu sahaja iaitu 256GB, bagi bateri pula ia sama dengan model A57 iaitu 5,000 mAH dan pengecasan pantas sehingga 45W.
A37 ditawarkan dengan dua pilihan iaitu 12+256GB dengan harga RM1,999 atau 8+256GB dengan harga RM1,899. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Awesome Lavender, Awesome Charcoal, dan Awesome Graygreen.
Bagi promosi pelancaran, anda boleh dapatkan potongan harga sehingga RM300, termasuk juga tambahan potongan sehingga RM200 untuk pembelian menggunakan kad Bank CIMB/Maybank atau dengan menggunakan Shopee PayLater.


