Pelanggan Apple TV bakal menerima pelbagai kandungan baharu pada bulan April ini. Termasuklah siaran siri Your Friends & Neighbors (Musim 2) yang tiba pada 3 April, dan filem Outcome yang tiba pada 10 April.
Senarai bulan ini turut dilengkapkan dengan siaran siri Margo’s Got Money Troubles pada 15 April, dan siri Criminal Record (Musim 2) pada 22 April.
Berikut adalah senarai tarikh tayangan untuk kandungan baharu di Apple TV bulan ini:
Minggu Pertama
- 3 April: Your Friends & Neighbors Musim 2
Minggu Kedua
- 8 April: Shrinking Musim 3 (Akhir Musim)
- 10 April: Outcome
- 10 April: The Last Thing He Told Me Musim 2 (Akhir Musim)
Minggu Ketiga
- 15 April: Margo’s Got Money Troubles
Minggu Keempat
- 22 April: Criminal Record Musim 2
- 24 April: My Brother the Minotaur
Minggu Kelima
- 29 April: Widow’s Bay
Sudah Tiba
- Drops of God Musim 2
Apple TV ditawarkan dengan harga bermula RM29.90 sebulan atau dengan langganan Apple One.


