CEO MONSTA, Nizam Abdul Razak hari ini telah berkongsi di X mengatakan yang filem BoBoiBoy Movie 3 yang sepatutnya tiba pada tahun ini bersempena dengan ulang tahun ke-15 untuk syarikat mereka terpaksa ditunda ke tahun 2027.
Beliau mengatakan yang projek tersebut lebih kompleks berbanding jangkaan awal yang memerlukan penundaan tersebut. Selari dengan pengumuman ini, beliau juga mengatakan yang Komik BoBoiBoy Galaxy 3 juga ditangguhkan agar tidak menjadi spoiler sebelum tayangan BoBoiBoy Movie 3.
Bukan berita kurang baik sahaja yang diumumkan, beliau juga membawa satu berita baik, merchandise baharu oleh MONSTA sedang dihasilkan dan menariknya merchandise ini juga sesuai untuk golongan remaja dan juga kalangan ibu bapa, bersesuaian dengan BoBoiBoy yang kini semakin dewasa.
Nizam juga mengakhiri perkongsian beliau dengan berterima kasih kepada semua yang menyokong mereka selama 15 tahun ini.


