Pelanggan Disney+ bakal menerima pelbagai kandungan baharu pada bulan Mac ini. Termasuklah siaran perdana animasi Zootopia 2 yang tiba pada 11 Mac , dan siri adiwira Daredevil: Born Again (Musim 2) yang tiba pada 25 Mac.
Senarai bulan ini turut dilengkapkan dengan siaran rancangan 98th Oscars LIVE and Replay yang dihoskan oleh Conan O’Brien pada 16 Mac , dan siri animasi komedi Solar Opposites (Musim 6) pada 11 Mac. Selain itu, platform ini juga menyajikan kepulangan siri televisyen popular termasuk Grey’s Anatomy (Musim 22) pada 6 Mac dan 9-1-1 (Musim 9) pada 13 Mac.
Berikut adalah senarai tarikh tayangan untuk kandungan baharu di Disney+ bulan ini:
Minggu Pertama
- 4 Mac: Battle of Fates Musim 1 Episod 10 (Akhir)
- 5 Mac: The Beauty Musim 1 Episod 11 (Akhir)
- 6 Mac: Grey’s Anatomy Musim 22 Episod 12
Minggu Kedua
- 8 Mac: Ghost Elephants
- 11 Mac: Zootopia 2
- 11 Mac: Solar Opposites Musim 6
- 11 Mac: High Potential Musim 2 Episod 14
- 13 Mac: 9-1-1 Musim 9 Episod 14
Minggu Ketiga
- 16 Mac: 98th Oscars LIVE and Replay
- 16 Mac: Bluey Minisodes Musim 1 Episod 24 (Akhir)
- 18 Mac: Rental Family
- 19 Mac: Scrubs (2026) Musim 1 Episod 5
- 20 Mac: Is This Thing On?
Minggu Keempat dan Seterusnya
- 22 Mac: Medalist Musim 2 Episod 9 (Akhir)
- 25 Mac: Daredevil: Born Again Musim 2
- 30 Mac: Paradise Musim 2 Episod 8 (Akhir)
Disney+ ditawarkan dengan harga bermula RM29.90 sebulan untuk pelan Basic dan RM49.90 untuk pelan Premium.


