Pelanggan HBO Max di Malaysia bakal menerima beberapa kandungan menarik pada bulan Februari ini, termasuk filem neo-Western arahan Ari Aster, Eddington, dan sekuel aksi thriller, Nobody 2. Di samping itu, platform penstriman ini juga akan menayangkan musim terbaharu siri pemenang Golden Globe, The Pitt dan Hacks.

Sorotan utama bagi bulan Februari adalah siaran eksklusif Eddington pada 13 Februari. Filem ini menampilkan barisan pelakon ternama termasuk Joaquin Phoenix dan Pedro Pascal. Seminggu kemudian, pada 20 Februari, Nobody 2 yang dibintangi oleh Bob Odenkirk dan Sharon Stone akan menemui penonton.

Senarai filem bulan ini turut dilengkapkan dengan tayangan The Bad Guys 2 pada 6 Februari dan Honey Don’t! pada 27 Februari.

HBO Max meneruskan momentum dengan episod akhir untuk siri HBO Original, A Knight of the Seven Kingdoms, yang dijadualkan pada 23 Februari sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Episod baharu untuk musim keempat Industry akan ditayangkan setiap Isnin, manakala musim kedua siri Max Original The Pitt akan disiarkan pada setiap Jumaat.

Bagi peminat kandungan hiburan Korea, dua tajuk utama akan diperkenalkan iaitu drama Our Universe (4 Februari) yang mengisahkan konflik keluarga mentua, dan siri komedi romantik The Practical Guide to Love (28 Februari).

Jadual Penuh Tayangan Februari 2026

Berikut adalah senarai tarikh tayangan untuk kandungan baharu di HBO Max bulan ini:

Minggu Pertama

  • 2 Februari: About Face (TLC)
  • 3 Februari: In the Eye of the Storm Musim 3 (Discovery)
  • 4 Februari: Our Universe
  • 5 Februari: My Lottery Dream Home Musim 18 (HGTV)
  • 6 Februari: The Bad Guys 2
  • 8 Februari: The ‘Burbs

Minggu Kedua

  • 13 Februari: Eddington
  • 13 Februari: Thai Street Food: Best Kept Secrets (AFN)
  • 15 Februari: Like Water For Chocolate Musim 2 (HBO Original)

Minggu Ketiga

  • 16 Februari: Mr. Bean: The Animated Series Musim 4 (Episod Baharu)
  • 19 Februari: Married to Evil (TLC)
  • 20 Februari: Nobody 2

Minggu Keempat

  • 23 Februari: The Wonderfully Weird World of Gumball Musim 2
  • 23 Februari: A Knight of the Seven Kingdoms (Episod Akhir)
  • 27 Februari: Honey Don’t!
  • 28 Februari: The Practical Guide to Love

Tayangan Mingguan (Episod Baharu)

  • Setiap Isnin: Industry Musim 4 (HBO Original)
  • Setiap Jumaat: The Pitt Musim 2 (Max Original)

HBO Max di Malaysia kini ditawarkan pada harga RM24.90 sebulan atau RM199.90 untuk langganan setahun.

Leave a Reply