Bagi memulakan tahun 2026, platform penstriman HBO Max memperbaharui katalog kandungan mereka dengan beberapa judul berprofil tinggi. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah siri original HBO daripada dunia Game of Thrones, iaitu A Knight of the Seven Kingdoms, serta penambahan hab khusus untuk peminat hiburan Korea.
Siri & Filem Utama
Peminat franchise fantasi epik karya George R.R. Martin bakal disajikan dengan siaran perdana A Knight of the Seven Kingdoms yang dijadualkan menemui penonton pada 19 Januari ini. Selain itu, bagi peminat siri drama industri kewangan, musim keempat Industry akan mula ditayangkan pada 12 Januari.
Dari sudut perfileman, filem Jurassic World Rebirth akan ditayangkan seawal 9 Januari, diikuti oleh filem animasi Smurfs (2025) pada penghujung bulan. HBO Max turut membawakan filem One Battle After Another yang membariskan pelakon gred A seperti Leonardo DiCaprio dan Sean Penn.
Hab Kandungan Korea (TVING)
Satu kemaskini menarik bagi pasaran tempatan adalah pengenalan hab berjenama TVING di dalam platform HBO Max. Kerjasama ini membawakan kandungan eksklusif daripada CJ ENM dan TVING, termasuk siri Dear X, Villains, dan episod baharu untuk drama The Judge Returns yang dibintangi oleh Ji Sung. The Judge Returns mengisahkan seorang hakim korup yang kembali ke masa lampau selepas kematian yang tidak adil untuk menebus kesilapannya.
Senarai Siaran Mengikut Tarikh
Berikut adalah senarai penuh kandungan baharu yang disusun mengikut tarikh siaran:
7 Januari
- The Cult Behind the Killer: The Andrea Yates Story
8 Januari
- Talking Tom Heroes: Suddenly Super (Episod Baharu)
- Villains (Episod Akhir)
9 Januari
- Jurassic World Rebirth
- The Pitt Musim Kedua
12 Januari
- Industry Musim Keempat
- Wildcard Kitchen Musim Kedua
15 Januari
- Ponies
- Tiny Toons Looniversity Musim Kedua (Episod Baharu)
16 Januari
- Trust
18 Januari
- Amadeus (Episod Akhir)
19 Januari
- A Knight of the Seven Kingdoms
20 Januari
- Ed Stafford’s Rite of Passage
23 Januari
- All the Devils are Here
27 Januari
- The Curious Case of… Musim Kedua
30 Januari
- Smurfs (2025) (Filem)
Harga langganan HBO Max di Malaysia bermula daripada RM24.90 sebulan atau RM199.90 untuk pelan tahunan.


