Skip to main content

Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.

Astérix & Obelix: The Big Fight

Platform: Netflix

Mengadaptasi buku berjudul Le Combat des Chefs, siri ini memfokuskan kepada Asterix dan Obelix cuba untuk menyembuhkan bomoh kampung mereka yang menghadapi kecederaan teruk selepas satu kemalangan. Pada masa yang sama, ketua kampung mereka Vitalstatistix perlu bertempur dengan ketua kampung yang lain yang bersubahat dengan kerajaan Rome.

The Eternaut

Platform: Netflix

Berdasarkan komik berjudul sama, siri ini bermula dengan bencana salji yang melanda di Buenos Aires dan membunuh kebanyakan manusia, tetapi ia tidak berhenti setakat itu apabila bencana salji tersebut adalah satu serangan awal sahaja oleh makhluk asing yang cuba untuk menjajah dunia. Satu pertempuran yang pada awalnya untuk ketahanan hidup kini berubah melawan satu kuasa luar.

Piece by Piece

Platform: Max

Pharrell Williams merupakan penyanyi dan juga penerbit muzik yang terkenal, dan filem animasi ini memfokuskan kepada kisah hidupnya. Filem ini bermula daripada awal lagi dan memperlihatkan bagaiamana Pharrel yang mempunyai sinestesia yang membuatkan dia melihat muzik dalam bentuk warna, sehinggalah membentuk The Neptunes. Menariknya ia disampaikan dalam bentuk lego, kerana bagi Pharrell, dunia adalah seperti bongkah lego.

Another Simple Favor

Platform: Prime Video

Filem susulan untuk A Simple Favor, Paul Feig kembali sebagai pengarah bersama dengan Anna Kendrick dan juga Blake Lively sebagai watak utama. Filem ini adalah mengenai Emily Nelson walaupun apa yang terjadi di dalam filem pertama telah menjemput Stephanie Smothers untuk ke majlis perkahwinannya. Dengan ramai jemputan-jemputan ternama, pembunuhan dan pengkhianatan akan berlaku.

Nosferatu

Platform: Apple TV / Google TV (Beli)

Ellen merupakan seorang wanita yang kesunyian, di dalam kesunyian tersebut dia telah ‘menghidupkan’ pontianak yang mempergunakannya. Selepas Ellen telah jatuh cinta dan berkahwin, pontianak tersebut kembali untuk menghantui kehidupannya. Tidak cukup dengan itu, pontianak itu juga mempergunakan keadaan semasa untuk membatalkan perkahwinan tersebut dan memenjarakan suaminya. Filem ini diarahkan oleh Robert Eggers dengan lakonan Bill Skarsgard dan Lily-Rose Depp sebagai watak utama.

Leave a Reply