Apple Arcade telah mengumumkan yang lima permainan baharu akan disertakan di dalam perkhidmatan mereka iaitu WHAT THE CLASH?, with My Buddy, LEGO Friends Heartlake Rush+, Words of Wonders: Search+, dan SUMI SUMI: Matching Puzzle+.
Permainan-permainan ini akan tiba bermula pada 1 Mei.
WHAT THE CLASH? dibangunkan oleh Triband yang sebelum ini hadir dengan permainan seperti WHAT THE GOLF? dan WHAT THE CAR?. Permainan ini menyertakan beberapa permainan parti yang boleh dimainkan secara solo ataupun melawan rakan satu lawan satu.
with My Buddy merupakan permainan oleh Neilo Inc dan khusus untuk pencinta haiwan peliharaan. Di dalam permainan ini, pemain akan membela kucing atau anjing dan dapat melakukan pelbagai interaksi dengan mereka termasuk juga memakaikan pakaian dan menghias tempat permainan.
LEGO Friends Heartlake Rush+ oleh StoryToys pula merupakan permainan lumba menggunakan kereta Lego yang boleh dihasilkan dengan gaya yang unik. Pemain akan memand us ebagai Aliya, Autumn, Nova, Leo, Liann, dan ramai lagi.
Words of Wonders: Search+ oleh Fugo Games merupakan permainan mencari perkataan tersembunyi sambil mengembara di tempat-tempat yang ikonik. Dengan mengembara, pemain akan menjumpai cabaran dan perkataan-perkataan baharu.
Akhir sekali, SUMI SUMI: Matching Puzzle+ oleh Imagineer merupakan permainan tekaria comel dengan watak-watak seperti Rilakkuma dan SuApple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+mikko Gurashi iaitu watak daripada syarikat San-X dari Jepun. Permainan ini menyertakan tekaria yang mencabar tetapi dapat dimainkan secara kasual.
Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+.