Skip to main content

Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.

Bagi minggu ini, berikut adalah 5 kandungan menarik yang anda boleh strim:

The Last of Us (Musim 2)

Platform: Max

Joel dan Ellie kembali untuk musim kedua, walaupun dikelilingi dengan keselamatan satu komuniti, perhubungan mereka berdua tercabar diakibatkan pilihan yang dilakukan oleh Joel pada musim yang lepas. Musim ini juga akan membawa beberapa watak baharu termasuk juga Abby lakonan Kaitlyn Dever yang akan memainkan peranan penting di dalam penceritaan dan juga bagi Joel dan Ellie.

The Glass Dome

Platform: Netflix

Pada waktu kecil, Lejla telah diculik dan terperangkap di sebuah kubah kaca. Dia kemudia terselamat dan membesar menjadi ahli kriminologi. Selepas dia kembali ke kampung halamannya, seorang kanak-kanak wanita hilang tanpa kesan. Dia mula menyiasat bersama seorang bekas polis perkara tersebut kerana risau yang perkara yang sama berlaku sekali lagi.

The Narrow Road to the Deep North

Platform: Prime Video

Adaptasi kepada novel berjudul sama oleh Richard Flanagan, siri ini adalah mengenai seorang doktor dari Australia yang mengalami dilema mengenai kehidupan peribadinya dan juga semasa menjadi tahanan perang semasa Perang Dunia Kedua. Selepas beberapa dekad, dia menjadi semakin popular sebagai veteran perang tetapi masih dihantui dengan perasaan kegagalan dan juga rasa bersalah.

Government Cheese

Platform: Apple TV+

Hampton Chambers merupakan seorang banduan yang memasuki penjara akibat mencuri, selepas dia dilepaskan, dia cuba untuk membina semula kehidupannya. Salah satu daripada cara tersebut adlaah mengcipta “Bit Magician” iaitu dril yang mempunyai kebolehan untuk mengasah secara sendiri. Namun, dengan keluarganya sudah berubah, kehidupan silamnya dan juga divine intervention membuatkan ia menjadi lebih rumit.

Bridget Jones Mad About The Boy

Platform: Apple TV/Google TV (Beli)

Filem keempat untuk siri Bridget Jones kali ini memfokuskan kepada Bridget Jones yang kini merupakan ibu kepada Billy dan Mabel, manakala suaminya iaitu Mark Darcy telah meninggal dunia selepas terbunuh di misi kemanusiaan di Sudan. Semasa hari peringatan untuk suaminya, dia telah didesak untuk kembali mencari pasangan hidup, walaupun pada awalnya tidak bersedia tetapi dia kemudian mempunyai perhubungan rapat dengan seorang lelaki yang lebih mudah dan juga guru sains anaknya sendiri.

Leave a Reply