Dengan lambakan perkhidmatan penstriman, mungkin tidak terkejar untuk mengetahui kandungan-kandungan terbaru yang mula ditawarkan di perkhidmatan tersebut. Oleh itu, melalui segmen terbaru ini, pada setiap hari Jumaat kami akan kongsi-kan lima kandungan terbaru ataupun kandungan lama yang baru sahaja boleh distrim di mana-mana perkhidmatan penstriman termasuk juga yang perlu dibeli atau disewa di Apple TV Store dan Google TV Store.
Bagi minggu ini, berikut adalah 5 kandungan menarik yang anda boleh strim:
My Hero Academia: Vigilantes
Platform: Netflix, iQIYI
Akhirnya, manga prekuel kepada My Hero Academia iaitu My Hero Academia: Vigilantes kini turut diadaptasi menjadi anime dan episod pertama untuknya sudah mula disiarkan di Netflix dan juga beberapa platform lain seperti iQIYI.
Kisah siri ini berlaku 5 tahun sebelum penceritaan di dalam My Hero Academia dan memfokuskan kepada Koichi Haimawari yang mempunyai kuasa tetapi tidak mempunyai lesen untuk menjadi hero. Namun, dia bersama dengan beberapa orang lagi masih menggunakan kuasa tersebut untuk membantu orang ramai secara haram.
Doctor Who (Musim 2)
Platform: Disney+ Hotstar
Doctor Who kembali minggu ini untuk meneruskan lagi pengembaraan ‘Time Lord’ merentasi masa dan tempat.
Ncuti Gatwa kembali lagi untuk membawa watak Doctor Who bagi musim kedua tetapi ditemani dengan rakan baharu iaitu Belinda Chandra lakonan Varada Sethu, manakala rakan laman iaitu Ruby Sunday lakonan Millie Gibson akan kembali di masa hadapan. Musim ini sudah semestinya menjanjikan pelbagai pengembaraan dan juga kisah-kisah yang penuh misteri.
Hacks (Musim 4)
Platform: Max
Siri komedi Hacks yang memenangi pelbagai anugerah dan terus dipuji oleh pengkritik kembali bagi musim keempat untuk meneruskan lagi kisah Deborah Vance dan Ava Daniels.
Musim ketiga berakhir dengan Deborah Vance mencapai semula kejayaan di dalam karier komedinya dengan bantuan penulis muda Ava Daniels. Namun, Ava Daniels juga mempunyai impian peribadi dan ini membawa dilema serta drama berkait dengan kesetiaan, ego dan juga pencarian identiti sendiri.
Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX
Platfrom: Prime Video
Bergembiralah peminat-peminat Gundam kerana siri terbaru untuknya iaitu Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX kini disarkan di Prime Video dengan episod baharu akan tiba secara mingguan.
Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX merupakan siri ke-16 untuk Gundam dan ia diarahkan oleh Kazuya Tsurumaki yang sebelum ini terkenal sebagai pengarah kandungan-kandungan Evangelion. Siri ini terjadi di dunia alternatif untuk Universal Century di mana Char Aznable telah mencuri White Gundan dan secara langsungnya menukar kejadian di dalam Peperangan Tahun Pertama.
Love Hurts
Platform: Apple TV, Google TV (Beli)
Filem aksi komedi lakonan Ke Huy Quan iaitu Love Hurts kini boleh dibeli melalui Apple TV ataupun Google TV.
Siri ini memfokuskan kepada watak lakonan Ke Huy Quan iaitu Marvin Gable yang bekerja sebagai ejen hartanah, akan tetapi selepas bekas kekasihnya kembali dan menjadi buruan abangnya sendiri dia terpaksa kembali ke kehidupan lamanya iaitu seorang pembunuh upahan. Filem ini mengetengahkan – jauh mana seseorang itu boleh berubah demi cinta.
Baca: Ulasan Love Hurts