Marvels telah berkongsi satu penstriman langsung yang sekadar memperlihatkan nama-nama pelakon untuk Avengers: Doomsday, mereka juga mengesahkan yang produksi untuk filem tersebut kini bermula secara rasmi dengan Joe Russo dan Antony Russo sebagai pengarah.
Berikut nama-nama yang diumumkan dan juga watak-watak yang mungkin akan dibawa oleh mereka:
- Chris Hemsworth – Thor
- Vanessa Kirby – Sue Storm / Invisible Woman
- Anthony Mackie – Sam Wilson / Captain America
- Sebastian Stan – Bucky Barnes / Winter Soldier
- Letitia Wright – Shuri / Black Panther
- Paul Rudd – Scott Lang / Ant-man
- Wyatt Russell – John Walker / U.S Agent
- Tenoch Huerta Mejia – Namor
- Ebon Moss-Bachrach – Ben Grimm / The Thing
- Simu Liu – Shang-chi
- Florence Pugh – Yelena Belova
- Kelsey Grammer – Hank McCoy / Beast
- Lewis Pullman – Bob / Sentry
- Danny Ramirez – Joaquin Torres / Falcon
- Joseph Quinn – Johnny Storm / Human Torch
- David Harbour – Alexei Shostakov / Red Guardian
- Winston Duke – M’Baku
- Hannah John-Kamen – Ava Starr / Ghost
- Tom Hiddleston – Loki
- Patrick Stewart – Professor X
- Ian McKellen – Magneto
- Alan Cumming – Kurt Wagner / Nightcrawler
- Rebecca Romijn – Raven Darkholme / Mystique
- James Marsden – Scott Summers / Cyclops
- Channing Tatum – Remy LeBeau / Gambit
- Pedro Pascal – Reed Richards / Mister Fantastic
- Robert Downey Jr. – Victor von Doom / Doctor Doom
Senarai watak dibawa ini adalah berdasarkan watak-watak yang dibawa sebelum ini, terutama bagi watak-watak daripada siri filem X-Men seperti Professor X, Magneto, Nightcrawler, Mystique, Cyclops, manakala Channing Tatum sebagai Gambit membuat penampilan di dalam Deadpool & Wolverine selepas filem Gambit tidak diteruskan.
Namun, watak sebenar yang akan dibawa oleh senarai pelakon ini mungkin berbeza, sepertimana Robert Downey Jr. yang sebelum ini dikenali sebagai Tony Stark atau Iron Man akan membawa watak Victor von Doom ataupun Doctor Doom.
Avengers: Doomsday akan ditayangkan pada 1 Mei 2026.