Origin, aplikasi gedung permainan atas-talian oleh EA Games akan ditutup oleh syarikat tersebut menjelang 17 April 2025. Aplikasi tersebut sebelum ini merumahkan semua permainan-permainan komputer dari EA seperti Battlefield, Dragon Age, The Sims dan sebagainya sebelum ini boleh dibeli melalui platform tersebut.

Ia sudahpun mula digantikan oleh perisian EA App, dan alasan mengapa Origin akan ditutup ialah kerana aplikasi tersebut merupakan perisian 32-bit yang akan dihentikan sokongannya, khususnya dengan penghentian sokongan sistem operasi Windows 10, dan permainan-permainan EA sekarang yang hanya menyokong perisian 64 bit.

Walaupun Origin telah beroperasi selama 14 tahun, penutupannya bukanlah sesuatu yang mengejutkan khususnya dengan pengenalannya pada bulan Oktober 2022. Pengguna tidak perlu membuka akaun baru, dan semua permainan dan kandungan tambahan yang dibeli akan dialihkan terus kepada aplikasi yang lebih baru.

Leave a Reply