Apple Arcade memulakan tahun ini dengan tujuh permainan pada 9 Januari lepas, iaitu Skate City New York, Three Kingdoms Heroes, Final Fantasy+, Trials of Mana+, Rodeo Stampede+, It’s Literaly Just Mowing+, dan Gears & Goo.

Selain itu, Apple Arcade juga telah mengumumkan tiga permainan yang akan disertakan pada 6 Februari 2025 seperti berikut:
- PGA Tour Pro Golf (HypGames, Inc) – permainan golf yang menyertakan lokasi-lokasi sebenar PGA Tour seperti Pebble Beach Golf Links dan Harbour Town Golf Links. Ia menyertakan sesi permainan solo dan juga bermain bersama pemain-pemain lain.
- Doodle Jump 2+ (Lima Sky) – Permainan platforming yang comel ini menawarkan pemain lebih banyak cabaran bersama dengan watak dan raksasa yang pelbagai dengan gaya lukisan tangan.
- My Dear Farm+ (HyperBeard Inc.) – Jika anda mencari permainan simulasi berkebun seterusnya, permainan ini menawarkan pengalaman tersebut tetapi dengan lebih comel dengan pelbagai gaya yang boleh digunakan.
Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+