Prime Video telah berkongsi senarai kandungan-kandungan menarik yang akan tiba di perkhidmatan tersebut sepanjang bulan Disember ini.
The Merchants of Joy
- Tarikh: 1 Disember 2025
- Dokumentari ini memaparkan kisah lima keluarga di New York yang bekerja keras setiap musim sejuk untuk menjual pokok Krismas dan mempertahankan tradisi keluarga mereka.
Oh. What. Fun.
- Tarikh: 3 Disember 2025
- Sebuah komedi percutian yang dibintangi oleh Michelle Pfeiffer sebagai Claire Clauster, yang memulakan pengembaraan spontan selepas ditinggalkan oleh keluarganya secara tidak sengaja, menyedarkan mereka tentang erti sebenar Krismas.
Surely Tomorrow
- Tarikh: 6 Disember 2025
- Drama Korea yang menemukan semula Park Seo-jun dan Won Ji-an sebagai pasangan kekasih lama, di mana takdir membawa mereka kembali bersama dalam situasi skandal sensasi dan sejarah peribadi yang rumit.
Merv
- Tarikh: 10 Disember 2025
- Anna (Zooey Deschanel) dan Russ (Charlie Cox) terpaksa bekerjasama menjaga anjing mereka, Merv, yang kemurungan selepas perpisahan mereka; percutian ke Florida akhirnya membawa kembali bibit cinta antara mereka.
Dimelo Bajito (Tell Me Softly)
- Tarikh: 12 Disember 2025
- Kehidupan Kamila Hamilton menjadi kucar-kacir apabila adik-beradik Di Bianco kembali selepas tujuh tahun, mengancam untuk meruntuhkan kehidupan yang telah dibinanya.
Fallout (Musim 2)
- Tarikh: 17 Disember 2025
- Musim baharu ini menyambung kisah selepas pengakhiran musim pertama, membawa penonton menjelajah kawasan terbiar Mojave sehingga ke bandar pasca-apokaliptik New Vegas.
Human Specimens
- Tarikh: 18 Disember 2025
- Kisah suspen dari Jepun mengenai Profesor Shiro Sakaki, pakar rama-rama yang menyerah diri selepas penemuan mayat budak lelaki dan merekodkan motif serta proses jenayahnya di internet.
Miss Sophie – Same Procedure as Every Year
- Tarikh: 22 Disember 2025
- Berlatarkan awal abad ke-20, Miss Sophie cuba menyelamatkan hartanya dengan mencari suami dalam kalangan empat calon kaya, namun terpalit dengan kes pembunuhan sambil hubungan romantik mula terjalin dengan orang gajinya, James.


