Apple Arcade telah mengumumkan yang permainan susulan SpongeBob: Patty Pursuit, SpongeBob: Patty Pursuit 2, akan dilancarkan secara eksklusif di Apple Arcade pada 4 Disember. Dalam pengembaraan baharu ini, pemain boleh mengawal SpongeBob dan Plankton, yang terpaksa bekerjasama untuk menyelamatkan Bikini Bottom. Permainan ini turut menyokong mod koperasi setempat.

Selain SpongeBob: Patty Pursuit 2, Apple Arcade akan menambah beberapa lagi permainan popular pada tarikh yang sama termasuk:

  • Glassbreakers: Champions of Moss (Apple Vision Pro)
  • PowerWash Simulator
  • Cult of the Lamb Arcade Edition
  • Subway Surfers+
  • NARUTO: Ultimate Ninja STORM+

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+.

Leave a Reply