Netflix akhirnya berkongsi treler rasmi untuk Stranger Things musim kelima ataupun Stranger Things 5 yang memperlihatkan pertempuran terakhir dan paling berbahaya yang dihadapi oleh Eleven dan rakan-rakannya menentang Vecna.

Selepas kejadian di dalam musik keempat, Vecna berjaya membuka ‘pintu’ yang menghubungkan dunia Upside Down dengan dunia luar secara terus, membolehkan lebih banyak makhluk untuk keluar. Diperlihatkan juga Vecna sendiri berada di dunia sebenar dan masih mempunyai kawalan terhadap William.

Musim kelima ini akan mempunyai lapan episod dengan empat episod pertama dipanggil sebagai Jilid 1 akan tiba pada 27 November, diikuti tiga lagi episod, Jilid 2 tiba pada 26 Disember dan episod terakhir akan tiba pada 1 Januari 2026.

Netflix boleh dilanggan dengan empat pelan iaitu Mobile (RM18.90/sebulan), Basic (RM29.90/sebulan), Standard (RM49.90/sebulan) dan Premium (RM62.90/sebulan).

Leave a Reply