Pada minggu ini, kita disajikan dengan kandungan tempatan dan juga dari Asia bermula dengan filem komedi Martabat: Misi Berdarah kini memasuki platform Netflix, begitu juga siri seram dari Thailand iaitu The Resurrected. Selain itu, terdapat drama Korea Would You Marry Me? dan siri anime terbaru Ninja vs. Gokudo. Senarai diakhiri dengan filem romantik komedi Materialist yang kini boleh disewa dan dibeli.
Martabat: Misi Berdarah
Platform: Netflix
Ini bukanlah satu lagi filem perang, ataupun mengenai badan beruniform, akan tetapi filem ini adalah mengenai sekumpulan pelakon tambahan yang bercita-cita tinggi untuk mendapat peranan lebih besar di dalam dunia lakonan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja yang membawa kepada pelbagai adegan-adegan melucukan. Filem ini diarahkan oleh Adrian Teh dan Zahiril Adzim yang juga berlakon bersama dengan Fad Bocey, Shiqin Kamal, Nafiez Zaidi dan Elvina Chua.
The Resurrected
Platform: Netflix
Apabila hukuman mati tidak mencukupi, dua orang ibu memilih untuk menghidupkan semula orang yang bertanggungjawab yang mencederakan dan membunuh anak mereka, dan menggunakannya untuk membongkar kumpulan penjenayah lain yang juga terlibat. Siri ini diarahkan oleh Leste Chen dan Hsu Chao-jen dengan senarai pelakon seperti Shu Qi, Sinje Lee, dan Fu Meng-po.
Would You Marry Me?
Platform: Disney+
Kim Woo-joo dan Yoo Meri telah bersetuju untuk berkahwin selama 90-hari agar mereka dapat menyertai pertandingan yang menawarkan rumah mewah dan terbuka untuk pasangan yang baru sahaja berkahwin. Siri ini diarahkan oleh Song Hyun-wook dan Hwang In-hyeok dengan senarai pelakon seperti Choi Woo-shik dan Jung So-min.
Ninja vs. Gokudo
Platform: Prime Video
Siri anime berdasarkan manga berjudul sama yang ditulis oleh Shinsuke Kondo, ia adalah mengenai dua kumpulan yang sudah berperang sejak dari dulu lagi iaitu kumpulan Ninja dan kumpulan Gokudo. Shinoha Tanaka merupakan sebahagian daripada kumpulan Ninja telah berjumpa dan berkawan dengan Kiwami Kimura yang tanpa dia sedar merupakan sebahagian daripada kumpulan Gokudo.
Materialist
Platform: Apple TV/Google TV (Sewa/Beli)
Lucy bekerja sebagai pencari jodoh di sebuah firma, walaupun berjaya untuk mencari pasangan bagi orang lain akan tetapi dia sendiri masih keliru dengan kehidupannya sendiri. Dia berjumpa dengan Harry Castillo yang sangat menyukainya pada masa dia juga berjumpa dengan bekas kekasihnya iaitu John Pitts. Filem ini diarahkan oleh Celine Song dengan senarai pelakon seperti Dakota Johnson, Chris Evans dan Pedro Pascal.


