Apple Arcade telah mengumumkan yang NBA 2K26 Arcade Edition akan tiba di perkhidmatan tersebut pada 16 Oktober ini membawa pengalaman serba baharu. Antara penambahan yang disertakan adalah NBA Eras di dalam mod The Association yang akan memberi peluang kepada pemain untuk mengalami semula era-era penting di dalam NBA.

Selain itu, di dalam MyCareer pemain kini lebih mudah untuk menghasilkan MyPlayer dengan menggunakan templat berdasarkan legenda-legenda sukan ini seperti Vince Carter, Allen Iverson dan juga Shai Gilgeous-Alexander.
Selain itu, pada 2 Oktober Apple Arcade juga akan menerima tiga permainan daripada App Store tanpa pembelian di dalam aplikasi iaitu Thomas & Friends: Let’s Roll+ oleh StoryToys, Dominoes: Classic TIle Game+ oleh MobilityWare, dan Piffle+ oleh Might Games dan Hipster Whale.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+.


