SEGA dan Sports Interactive telah mengumumkan yang Football Manager 26 akan dilancarkan pada 4 November 2025 untuk PC dan Mac, Football Manager 26 Console untuk PlayStation 5 dan Xbox Series, dan Football Manager 26 Mobile untuk Netflix.
Manakala Football Manager 26 Touch untuk Nintendo Switch akan dilancarkan pada 4 Disember 2025. Ia juga akan ditawarkan melalui Xbox Game Pass.
Football Manager 26 akan menjadi permainan dengan perubahan terbesar bagi siri permainan ini, sehinggakan mereka menunda pelancarannya lebih setahun. Ia menyertakan enjin, antaramuka dan juga grafik yang baharu dan dipertingkatkan.
Bermula 10 September, pra-tempahan boleh dilakukan untuk PC dan Mac yang ditawarkan dengan potongan harga 10%. Pembelian melalui Steam dan Epic Games Store juga akan mendapat akses awal – 2 minggu sebelum pelancaran rasmi.


