Apple Arcade telah mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai perkhidmatan mereka bagi bulan September ini. Terdapat tiga permainan yang diumumkan iaitu NFL Retro Bowl ’26, Jeopardy! Daily dan My Talking Tom Friends+, kesemuanya akan tiba bermula pada 4 September 2025.

NFL Retro Bowl ’26 iaitu permainan NFL dengan gaya grafik retro akan dilancarkan secara esklusif, dan bagi penawaran kali ini, ia menyertakan mod baharu iaitu NFL Retro Bowl Championship Leaderboard yang membolehkan pemain menggunakan pasukan kegemaran mereka dan mencabar pemain lain mengikut jadual liga NFL yang sebenar.

Jeopardy! Daily memberikan cabaran kepada pemain dan cabaran ini hadir daripada penulis untuk rancangan aneka ragam ini. Pemain boleh melakukan cabaran harian, menyertai kejohanan mingguan dan mempertingkatkan kedudukan di liga untuk menjadi pemain Jeopardy! terbaik.

My Talking Tom Friends+ permainan simulasi kehidupan popular ini kini ditawarkan tanpa pembelian di dalam permainan. Selain Tom, Angela, Hank, Ginger, Ben dan Becca juga disertakan bersama untuk berinteraksi dengan pemain. Pemain boleh bermain permainan mini, menjaga haiwan peliharaan dan juga mengembara di persekitaran.
Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+.


