The Gentlebros telah mengumumkan yang Cat Quest III kini turut dilancarkan untuk peranti Apple iaitu iPhone, iPad dan juga Mac, selepas dilancarkan untuk konsol dan PC pada tahun lepas. Permainan ini boleh dimuat-turun secara percuma untuk mencuba bahagian awal permainan.
Bersempena dengan pelancaran ini, pembangun dari Singapura, Yong Kian Chin melalui permainan beliau A Slight Chance of Sawblades yang boleh didapatkan di Apple Arcade akan menerima watak berdasarkan Cat Quest iaitu Seeker dan Pi-Rat.
Selain itu, dengan sambutan ulang tahun pertama untuk Cat Quest III, permainan ini juga ditawarkan dengan potongan harga 50% di setiap platform ia dilancarkan termasuk juga peranti Apple.


